Jika membuat sesuatu keputusan dan keputusan tersebut benar kerana hendak berubah kepada kebaikan serta taat akan perintah Allah kemudian dalam perubahan tersebut melalui dugaan dan cubaan yang berat bersabarlah, kebahagiaan itu pasti akan hadir.
!!!Apabila tidak berpeluh di dunia atas urusan Allah, Maka mereka akan berpeluh di akhirat atas urusan Allah jua !!!
Jika kejayaan di dunia di ukur melalui kekayaan maka Qarun lah manusia yang paling berjaya tetapi ia telah dibinasakan oleh Allah atas kesalahanya sendiri,
Allah berfirman di dalam Surah al-Qasas ayat ke-76, “Dia Qarun berkata, Sesungguhnya aku diberi harta itu semata-mata kerana ilmu yang ada padaku. Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.”
“Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.” (Surah al-Qasas ayat 81)
Dan jika kejayaan itu pula di lihat dengan jawatan dan kekuasaan maka firaun la yang paling berjaya tetapi Allah telah menenggelamkan Firaun beserta tenteranya.
Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya, lalu ia dan orang-orangnya diliputi oleh air laut yang menenggelamkan mereka semuanya dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya. Dan dengan itu Firaun telah menjerumuskan kaumnya ke tempat kebinasaan, dan tidaklah ia membawa mereka ke jalan yang benar. (Taha ; 78-79)
No comments:
Post a Comment