Dalam menjalani kehidupan kita tidak terlepas dari disakiti oleh orang lain atau kita yang menyakiti hati orang lain. Bersabar bila disakiti ianya mudah jika perkara yang menyakiti kita tidak berulang. tetapi jika perkara tersebut sering kali berulang selapas dimaafkan ia akan mendatangkan rasa ingin membalas dendam kepada orang yang terus menyakiti kita. ada yang mengatakan sabar itu mempunyai had tapi pada hakikatnya sabar itu tiada had. kite perlu bersabar selagi mana kita berada di dunia, ujian akan terus datang setelah ujian yang lain telah selesai. Salah satu cara menangkis perasaan negatif seperti membalas dendam dan dengki terhadap orang yang sering kali menyakiti kita, perlulah bersabar kemudian jadikan rasa sakit itu satu kesedihan untuk kita mengadu kepada Allah semasa solat atau bersendirian(muhasabah diri). Mohon kepada Allah supaya jadikan kita seperti pohon yg rimbun dan teduh serta lebat buahnya, sehingga bila terik mentari ramai yang dapat berteduh sekalipun insan tersebut yang telah menyakiti hati kita. bila sesaorang yang membaling batu kearah kita balaslah dengan buah yang manis.
Jika tiada hitam Maka putih tidak akan Wujud
No comments:
Post a Comment